Sunday 12 February 2012

Wudhu' Khuf (wudhu' atas kasut)


Wudhu' Khuf ini dikenali juga sebagai wudhu' di atas kasut/menyapu di atas 2 kasut.
Ia adalah 2 kasut yang menutup 2 buku lali yang dibuat dari kulit.


Ia adalah keringanan(rukhsah) yg Islam beri kpd umatnya.

SYARAT2nya
ada 5 :

1 ) Ianya dipakai setelah berwudhu' dgn wudhu' yg sempurna.
2 ) Kedua khuf tersebut mestilah menutup seluruh tempat fardhu wudhu' daripada kaki (menutup sehingga ke  buku lali)...kerana ia tidak dipanggil khuf sekiranya tidak menutup buku lali.
3 ) Khuf tersebut kalis air(tidak ditembusi air), mksudnya air x bole masuk selain dari tempat jahitan.
4 ) Khuf tersebut kuat, boleh digunakan untuk berjalan selama sehari semalam bagi yang menetap, dan 3 hari 3 malam bagi yang bermusafir.
5 ) Khuf tersebut suci.

Kaifiyat (cara2nya)


Yg wajib - menyapu sesuatu walaupun sedikit drpd atas khuf.
Sunatnya - menyapu atasnya dan bwhnya secara memanjang.

meletakkan tgn sebelah kanan secara terbuka di atas khuf sebelah hadapan( di jari),
dan meletakkan tgn kiri secara terbuka di bawah khuf sebelah belakang( di tumit),
kemudian menggerakkan tgn KANAN ke belakang(kekal pada permukaan atas khuf) dan tgn KIRI ke hadapan(kekal pada permukaan bawah khuf).

Perkara yg bole membatalkan wudhu' khuf


- sama seperti perkara2 yg bole membatalkan wudhu'.
- menanggalkan kdua2 khuf / slh satu / tercabut dari anggota fardhu wudhu'.



Sunday 22 January 2012

Apa yg sepatutnya kita lakukan???

Hari ni terlihat satu video...
tatkala melihat video ni...secara x sedar kita banyak mendahulukan duniawi dari ukhrawi...
x sangka...tatkala azan berkumandang apakah yg kita lakukan pada waktu itu...

apakah kita mendirikan kewajipan kita sebagai muslim / tidak...
bole renung2kan...

hanya untuk peringatan dan perkongsian kepada semua...

# Marilah laksanakan kewajipan kita tatkala waktunya sudah tiba...

Hikmah "ablution"

Ketika berkumur,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
Penjelasan : Kita selalu bercakap benda yang tidak berfaedah, kadang2 secara tidak sedar.















Ketika membasuh muka,

Sekilas dalam hati
"Ya Allah serikanlah mukaku di akhirat kelak"
Penjelasan : Ahli Syurag mukanya berseri-seri.


Ketika membasuh tangan,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah berikanlah buku amalanku melalui tangan kanan ku ini"
Penjelasan : Ahli Syurga diberikan hisabnya memlalui tgn kanan.


Ketika membasuh tangan kiri,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah janganlah kau beri buku amalanku melalui tangan kiri ku ini"
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.


Ketika membasuh kepala,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah lindungilah aku dari terik matahari di padang masyar dengan Arasy Mu"
Penjelasan : Panas di padang masyar ibarat matahari sejengkal jaraknya.


Ketika membasuh telinga,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah ampunilah dosa telingaku ini"
Penjelasan : hari2 mendengar perkataan yang tidak elok, mengumpat dan lain2.


Ketika membasuh kaki kanan,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"
Penjelasan : Ahli syurga melintasinya dengan mudah.


Ketika membasuh kaki kiri,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah bawakanlah aku ke masjid2, surau2 dan tempat2 yang baik...bukan tempat2 maksiat
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


# Ramai yang tidak sedar bahawa setiap tututan dalam Islam itu ada hikmahnya.

# Pernahkah kita terfikir, sempurna atau tidak wuduk kita ?...
   atau wuduk nk cepat2 je...bak kata orang "express gitu"

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukur dan bertaubatlah kerana lahir2 je dah Islam...
hayatilah Islam itu...InsyaAllah akan membawa kebahagiaan....

Saturday 21 January 2012

AYAT KURSI & KELEBIHANNYA





maksud ayat :
"Allah,tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Dia Maha Tinggi dan Maha Agung..(SURAH AL-BAQARAH AYAT 255)


KELEBIHAN-KELEBIHANNYA:

 1- Apabila turun ayat al-kursi, bergegarlah setiap berhala di dunia. Begitu juga bergegar setiap raja dalam dunia dan jatuhlah mahkota-mahkota daripada kepala mereka. Syaitan lari bertempiaran berlanggaran sesama sendiri, lalu mereka semua berkumpul menemui iblis dan memberitahu hal yang demikian. Maka iblis pun menyuruh mereka mencari puncanya. Mereka semua pun pergi ke Madinah dan mendapati sesungguhnya ayat al-Kursi diturunkan.

2- Dari Ibnu Mas'ud ia berkata, seorang lelaki telah bertanya: wahai Rasulullah, ajarkan daku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat akan daku. Rasulullah menjawab: baca ayat al-Kursi., maka sesungguhnya ia memelihara akan kamu, zuriatmu, rumahmu, hinggalah rumah-rumah di sekitar rumahmu.

3- Barangsiapa membaca ayat al-Kursi dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya. (maksud hadis riwayat Qatadah r.a)

4- Diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi talib..Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada siapa-siapa yang membaca ayatul Kursi dalam sebuah rumah melainkan syaitan menyingkirkan diri,
dan tidak dapat dimasuki oleh perbuatan sihir. Hai Ali, ajarlah ia kepada anak isterimu, keluargamu, dan jiranmu.

5- Abu Dzar Al-Ghafari bertanya kepada Saiyidina Rasulullah s.a.w, baginda menjawab: Jika dibandingkan langit dan bumi dengan ayatul-Kursi, samalah seperti selingkar rantai dicampakkan ke bumi, sekiranya langit dan bumi serta segala yang ada padanya di letak dalam sebuah neraca dan ditimbang  dengan ayatul Kursi. nescaya ayatul Kursi lebih berat timbangannya.

6- Barangsiapa yang keluar rumahnya dengan membaca ayatul Kursi, maka Allah mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, mereka sama memohon keampunan dan mendoakan baginya. (maksud hadis riwayat Abu Hurairah r.a)

p/s:
> marilah kita amalkan ayatul Kursi dalam kehidupan seharian kita..
> sebarkan kepada orang lain supaya mereka juga mengamalkannya..
> selamat beramal semua..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...