Sharing duniawi & ukhrawi... Please be enjoy reading this blog... Harap memberi manfaat pada semua...
Sunday, 12 February 2012
Wudhu' Khuf (wudhu' atas kasut)
Wudhu' Khuf ini dikenali juga sebagai wudhu' di atas kasut/menyapu di atas 2 kasut.
Ia adalah 2 kasut yang menutup 2 buku lali yang dibuat dari kulit.
Ia adalah keringanan(rukhsah) yg Islam beri kpd umatnya.
SYARAT2nya
ada 5 :
1 ) Ianya dipakai setelah berwudhu' dgn wudhu' yg sempurna.
2 ) Kedua khuf tersebut mestilah menutup seluruh tempat fardhu wudhu' daripada kaki (menutup sehingga ke buku lali)...kerana ia tidak dipanggil khuf sekiranya tidak menutup buku lali.
3 ) Khuf tersebut kalis air(tidak ditembusi air), mksudnya air x bole masuk selain dari tempat jahitan.
4 ) Khuf tersebut kuat, boleh digunakan untuk berjalan selama sehari semalam bagi yang menetap, dan 3 hari 3 malam bagi yang bermusafir.
5 ) Khuf tersebut suci.
Kaifiyat (cara2nya)
Yg wajib - menyapu sesuatu walaupun sedikit drpd atas khuf.
Sunatnya - menyapu atasnya dan bwhnya secara memanjang.
meletakkan tgn sebelah kanan secara terbuka di atas khuf sebelah hadapan( di jari),
dan meletakkan tgn kiri secara terbuka di bawah khuf sebelah belakang( di tumit),
kemudian menggerakkan tgn KANAN ke belakang(kekal pada permukaan atas khuf) dan tgn KIRI ke hadapan(kekal pada permukaan bawah khuf).
Perkara yg bole membatalkan wudhu' khuf
- sama seperti perkara2 yg bole membatalkan wudhu'.
- menanggalkan kdua2 khuf / slh satu / tercabut dari anggota fardhu wudhu'.
Subscribe to:
Posts (Atom)