Ketika berkumur,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
Penjelasan : Kita selalu bercakap benda yang tidak berfaedah, kadang2 secara tidak sedar.
Ketika membasuh muka,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah serikanlah mukaku di akhirat kelak"
Penjelasan : Ahli Syurag mukanya berseri-seri.
Ketika membasuh tangan,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah berikanlah buku amalanku melalui tangan kanan ku ini"
Penjelasan : Ahli Syurga diberikan hisabnya memlalui tgn kanan.
Ketika membasuh tangan kiri,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah janganlah kau beri buku amalanku melalui tangan kiri ku ini"
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.
Ketika membasuh kepala,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah lindungilah aku dari terik matahari di padang masyar dengan Arasy Mu"
Penjelasan : Panas di padang masyar ibarat matahari sejengkal jaraknya.
Ketika membasuh telinga,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah ampunilah dosa telingaku ini"
Penjelasan : hari2 mendengar perkataan yang tidak elok, mengumpat dan lain2.
Ketika membasuh kaki kanan,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"
Penjelasan : Ahli syurga melintasinya dengan mudah.
Ketika membasuh kaki kiri,
Sekilas dalam hati
"Ya Allah bawakanlah aku ke masjid2, surau2 dan tempat2 yang baik...bukan tempat2 maksiat
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
# Ramai yang tidak sedar bahawa setiap tututan dalam Islam itu ada hikmahnya.
# Pernahkah kita terfikir, sempurna atau tidak wuduk kita ?...
atau wuduk nk cepat2 je...bak kata orang "express gitu"
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukur dan bertaubatlah kerana lahir2 je dah Islam...
hayatilah Islam itu...InsyaAllah akan membawa kebahagiaan....